Akta Jaminan MSC Malaysia

You are here

 
 

Pengenalan

Pengiktirafan status MSC Malaysia melayakkan entiti perniagaan yang terpilih menikmati insentif, hak dan keistimewaan dari Kerajaan Malaysia (Kerajaan), iaitu Akta Jaminan MSC Malaysia (BoGs). BoG melambangkan hasrat Kerajaan untuk menyediakan persekitaran di dalam MSC Malaysia yang kondusif untuk pembangunan entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia. Segala insentif, hak dan keistimewaan yang diberi menurut BoG adalah tertakluk kepada syarat di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Sebagai tambahan, kelayakan untuk BoG adalah tertakluk kepada kepatuhan oleh entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia, mengikut terma dan syarat yang mungkin dikenakan oleh Kerajaan dan/ atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), sebagai organisasi yang telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menyelaras, mempromosi dan menggalakkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga perkhidmatan terpilih di MSC Malaysia dan Malaysia.

Walaupun pihak Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang dalam menyediakan insentif, hak dan keistimewaan di bawah BoG, peruntukan sebenar adalah tertakluk kepada pelbagai faktor dan pihak (awam dan swasta), dan boleh dipengaruhi keadaan yang mana ia bukan di bawah kawalan pihak Kerajaan.

Senarai BoG adalah seperti berikut:

 

Dokumen ini menggambarkan interpretasi Kerajaan dalam aspek BoG dan tertakluk pada perubahan. Maklumat lanjut, sila hubungi MDEC di:

Pusat Perhubungnan Pelanggan MDEC (CliC) Tel. no. : +603-8315 3000 Talian bebas tol. : 1-800-88-8338 (dalam Malaysia)


Akta Jaminan No. 1: Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.

 

Objektif Polisi

Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi syarikat untuk menjalankan operasi perniagaan, menjalankan penyelidikan dan membangun teknologi, aplikasi dan produk baru.

Interpretasi

Pihak Kerajaan telah mengenakan polisi, rangka kerja serta perancangan untuk memudahkan proses peruntukan insfrastruktur fizikal dan maklumat sebagai salah satu persekitaran yang kondusif untuk operasi syarikat berstatus MSC Malaysia. Polisi berkaitan, rangka kerja dan perancangan sudah pun dibangunkan dan akan terus dikemaskini berdasarkan penanda aras antarabangsa.

Strategi utama dalam proses untuk memudahkan peruntukan BoG ini ialah dengan mewajibkan syarikat berstatus MSC Malaysia untuk menetapkan lokasi operasi perniagaan mereka samada di MSC Malaysia Cybercity atau MSC Malaysia Cybercentre. Kawasan ini akan dipantau menerusi beberapa set standard global (MSC Malaysia Performance Standards).

Untuk memudahkan penyebaran MSC Malaysia ini, 2 tahap rangka kerja mengenai MSC Malaysia Cybercity dan juga MSC Malaysia Cybercentre telah dihasilkan oleh pihak Kerajaan. Rangka kerja ini mengesahkan pelbagai jenis perniagaan dan operasi akan mempunyai keperluan yang berlainan untuk infrastruktur fizikal dan maklumat.

Entiti status MSC Malaysia dikehendaki untuk menjalankan usaha mereka sendiri mengikut kesesuaian lokasi masing-masing. Kemudahan, perkhidmatan dan persekitaran perniagaan turut diutamakan. Entiti status MSC Malaysia digalakkan untuk mengamalkan Prestasi Jaminan MSC Malaysia dengan Penalti Kewangan (PGFPs) yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang berkaitan.

Pihak utama yang terlibat dalam perlaksanaan BoG ini antaranya adalah:

  • Pengurus Cybercity/ Cybercentre
  • Pengurus dan pemilik bangunan
  • Syarikat utiliti, penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) dan penyedia perkhidmatan internet (ISP)
  • Kerajaan Negeri, pihak berwajib tempatan dan agensi Kerajaan yang berkaitan

 

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kembali ke Atas

 


Akta Jaminan No. 2: Membenarkan pengambilan Knowledge Worker tempatan dan asing tanpa had.

Objektif Polisi

Mencapai visi Malaysia untuk menjadi pusat ICT global dengan membekalkan modal insan profesional demi memenuhi keperluan industri.

Interpretasi

Entiti status MSC Malaysia dijangka dapat mengekalkan satu set tenaga kerja dengan menggunakan peratusan yang besar pekerja berpengetahuan. Ini bertepatan dengan keperluan dan kehendak industri ICT serta selaras dengan matlamat jangka panjang Malaysia membolehkan dan mengekalkan pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dimestikan mengekalkan satu set tenaga kerja yang lengkap dengan menggunakan Knowledge Workers yang berpatutan. Ciri-ciri yang tertentu mestilah disertakan bersama di dalam rancangan perniagaan entiti tersebut yang juga merupakan sebahagian daripada permohonan entiti tersebut untuk mendapatkan status MSC Malaysia.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dibenarkan mengambil jumlah Knowledge Workers yang telah dipersetujui (jumlah akhir tertakluk kepada pindaan dibuat oleh MSC Malaysia).

Proses pengambilan Knowledge Workers asing adalah tertakluk kepada syarat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia yang berkenaan boleh menghubungi Jabatan Imigresen secara langsung atau melantik MDEC untuk menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki.

Seorang Knowledge Worker (K-Worker) merupakan seorang individu yang memenuhi syarat berikut:

  • Ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi (sebarang bidang); 
  • Diploma Multimedia/ ICT atau kelulusan khas ICT dan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman berkaitan dalam multimedia/ ICT atau di dalam bidang yang menggunakan ICT dengan meluas; 
  • Golongan profesional, eksekutif, pengurusan dan teknikal dalam bidang perkhidmatan berasaskan ICT contohnya Profesional IT/ IS, Kewangan/ Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan.

 

Ini termasuklah:

  • Syarikat yang beroperasi di dalam kluster Shared Services and Outsourcing (SSO), pekerja asing yang memiliki kemahiran berasaskan pengetahuan yang tidak terdapat di Malaysia seperti yang diperlukan oleh syarikat berstatus MSC Malaysia;
  • Merujuk kepada syarikat yang tergolong di dalam kluster Multimedia Kreatif, pekerja yang menggunakan bakat kreatif mereka untuk menghasilkan karya kreatif tambah nilai untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.

 

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia diminta mengambil pekerja tersebut mengikut peranan yang sesuai dengan pengalaman serta kebolehan K-Worker tersebut.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Jabatan Imigresen, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Kembali Ke Atas

 


Akta Jaminan No. 3: Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan.

Objektif Polisi

Pihak Kerajaan menyedari kepentingan menarik syarikat terkemuka dunia serta syarikat multinasional untuk membuka pusat global/ serantau dan/ atau mengendalikan operasi perniagaan, menjalankan penyelidikan serta membangunkan teknologi, aplikasi dan produk baru di MSC Malaysia.

Interpretasi

Secara amnya, tiada sekatan dikenakan oleh pihak Kerajaan dalam syarat ekuiti kepada syarikat yang diperbadankan di dalam Malaysia. Walau bagaimanapun, syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor adalah tertakluk kepada syarat ekuiti yang dikenakan oleh pengawal atur sektor tersebut.

Untuk pemilikan hartanah (kecuali unit kediaman), kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi dari Jabatan Perdana Menteri adalah diperlukan dalam aspek berikut:

  • Pemilikan terus hartanah bernilai RM20 juta dan ke atas, menyebabkan berlakunya pencairan pemilikan hakmilik Bumiputera dan/ atau agensi Kerajaan; 
  • Pengambilalihan harta selain daripada kepentingan Bumiputera, melalui pengambilalihan saham, mengakibatkan perubahan kawalan syarikat yang dimiliki oleh kepentingan Bumiputera dan/ atau agensi Kerajaan, yang mempunyai harta lebih daripada 50% daripada jumlah aset dan harta tersebut adalah bernilai lebih daripada RM20 juta.

Syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga di atas dikehendaki mematuhi syarat ekuiti dan syarat modal berbayar. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia dikecualikan daripada perkara yang dinyatakan di atas, dengan syarat hartanah tersebut digunakan untuk aktiviti operasi mereka, termasuk sebagai kediaman untuk pekerja mereka.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Kembali ke Atas




Akta Jaminan No. 4: Memberikan kebebasan dan hak untuk mencari modal secara global untuk infrastruktur MSC Malaysia.

Objektif Polisi

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat ICT global, kerajaan mengiktiraf kepentingan syarikat berstatus MSC Malaysia mendapatkan sumber modal dan dana secara global.

Interpretasi

Kebebasan mencari sumber modal dan dana secara global

BoG ini menjamin syarikat berstatus MSC Malaysia memiliki kebebasan untuk mendapatkan sumber modal dan dana secara global, selagi tidak bercanggah dengan Akta Peminjaman Wang dan Anti Pembiayaan Pengganas 2001, atau dari penduduk, pihak berkuasa, agensi atau entiti negara yang telah dinyatakan di dalam Akta Pertukaran Kawalan 1953.

Kesemua pelabur bukan warganegara di dalam syarikat berstatus MSC Malaysia adalah bebas untuk mengirim sebarang jumlah modal, keuntungan lucut hak, keuntungan dan dividen dari pelaburan mereka.

Syarikat berstatus MSC Malaysia adalah bebas untuk mengirim dana ke luar negara dalam bentuk mata wang asing dan diurusniagakan menerusi sistem perbankan dalam pesisir berlesen.

Syarikat berstatus MSC Malaysia boleh membuat pinjaman dalam nilai Ringgit:

  • Sebarang jumlah dari sistem perbankan dalam pesisir berlesen ataupun warga individual lain;
  • Sebarang jumlah dari syarikat induk non-resident non-bank mereka untuk pembiayaan sektor sebenar mereka di Malaysia;
  • Sehingga RM1 juta dalam nilai agregat dari syarikat bukan pemastautin bukan bank atau individu bukan pemastautin untuk kegunaan dalam negara.

Buat masa ini, matawang Ringgit ialah tidak diantarabangsakan. Oleh itu, kesemua pembiayaan Ringgit hanyalah dari sumber dalam.

Syarikat berstatus MSC Malaysia boleh membuat pinjaman dalam nilai mata wang asing:

  • Sebarang jumlah dari bank dalam pesisir berlesan, bank Islamik antarabangsa berlesen dan bukan penduduk dalam ataupun luar Malaysia;
  • Sebarang jumlah dari syarikat pemastautin yang berada di dalam kumpulan korporat yang sama.

 

Tiada sekatan untuk bayaran balik pinjaman pokok dan bayaran faedah kepada peminjam pada Warganegara Ringgit Malaysia dan pinjaman mata wang asing oleh syarikat berstatus MSC Malaysia.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

Bank Negara Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut

Pentadbiran Asing Peraturan Bursa Malaysia telah secara beransur-ansur diliberalisasikan untuk memudahkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan berdaya saing dengan meningkatkan kecekapan sistem penghantaran pengawal seliaan.

Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh diperolehi daripada yang berikut:

Laman Web Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my

BNMLINK (Walk-In Centre) Aras Bawah, Block D Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Waktu Operasi adalah dari Isnin ke Jumaat, 9.00 a.m. ke 5.00 p.m.

BNMTELELINK (Pusat Panggilan) Tel No.: 1-300-88-5465 or 1-300-88-LINK Faks: 03-2174 1515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Waktu Operasi adalah dari Isnin ke Jumaat, 9.00 a.m. ke 5.00 p.m.

Kembali Ke Atas




Akta Jaminan No. 5: Menyediakan insentif kewangan kompetetif, termasuklah status perintis yang memberikan pelepasan cukai 100% sehingga 10 tahun atau Elaun Pelaburan Cukai sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan multimedia akan dikenakan.

Objektif Polisi

Menggalakkan perkembangan entitii perniagaan berstatus MSC dan menyerlahkan nilai kompetetif produk dan perkhidmatan mereka.

Interpretasi

Secara amnya, syarikat berstatus MSC Malaysia diberi insentif cukai pendapatan di bawah Akta Galakan Pelaburan 1986. Di bawah akta tersebut, sebuah syarikat berstatus MSC Malaysia boleh memilih untuk menikmati insentif cukai berikut:

  • Status Perintis: 100 peratus pengecualian cukai pendapatan status boleh cukai sehingga 10 tahun (boleh diperbaharui selepas tamat tempoh 5 tahun pertama, tertakluk kepada kepatuhan dengan terma dan syarat, dan undang-undang berkaitan); 
  • Elaun Cukai Pelaburan: 100 peratus penolakan belanjawan modal dari pendapatan status boleh cukai, untuk perbelanjaan modal yang dibuat ketika 5 tahun pertama operasi (untuk perbelanjaan modal yang layak, sila rujuk pada Promosi Pelaburan [Penetapan Aset bawah Seksyen 29B tentang Syarikat Berstatus MSC Malaysia] Order 2011 [PU(A) 50/2001]).

Kelulusan dan penggunaan segala keistimewaan, termasuklah proses permohonan, ciri-ciri dan syarat kelayakan serta proses pembatalan, pengunduran dan pembaharuan adalah dikawal dan diselia oleh undang-undang berkaitan.

Tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Cukai Jualan 1972, dan syarat yang mungkin dikenakan oleh Kementerian Kewangan, import komponen dan alatan multimedia oleh syarikat berstatus MSC Malaysia untuk kegunaan langsung operasi mereka adalah dikecualikan dari cukai jualan dan duti import.

Kriteria barangan import bagi mendapatkan keistimewaan ini adalah seperti berikut:

  • Alatan Multimedia/ ICT;
  • Alatan yang tidak terdapat di Pasaran tempatan;
  • Alatan bukan untuk dagangan;
  • Alatan untuk kegunaan langsung aktiviti MSC Malaysia; 
  • Syarikat berstatus MSC Malaysia mematuhi keperluan lokasi dalam Syarat Penganugerahan Status MSC Malaysia.

 

Untuk menikmati pengecualian cukai, entiti dengan status MSC Malaysia perlu menghantar permohonan melalui MDEC.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Kewangan
  • Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa
  • Kastam Diraja Malaysia

Kembali Ke Atas

 



Akta Jaminan No. 6: Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek dan undang-undang siber.

Objektif Polisi

Untuk mengenalpasti kepentingan Harta Intelek sebagai jentera pembangunan kemajuan ekonomi dan sosial, di samping membangunkan keperluan untuk mengadakan rangka kerja undang-undang siber untuk menghadapi cabaran dalam industri ICT.

Interpretasi

Pihak Kerajaan komited untuk mengadakan rangka kerja guaman dan peraturan untuk Harta Intelek dan Undang-undang siber. Ini juga bertujuan untuk memastikan undang-undang dijalankan dan dipatuhi sepenuhnya. Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengembangkan rangka kerja supaya sentiasa mengikuti pembangunan antarabangsa dan setiap cabaran baru dalam industri ICT.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, disokong oleh Polis Diraja Malaysia
  • Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Kembali Ke Atas




Akta Jaminan No. 7: Menjamin tiada penapisan Internet.

 

Objektif Polisi

Mengenal pasti kepentingan peranan Internet sebagai pemudah cara maklumat dan inovasi dan menyediakan asas untuk penambahan kualiti kerja dan hidup yang berterusan.

Interpretasi

Kebebasan dalam Internet tidaklah bermakna pihak Kerajaan tidak akan membenarkan Internet digunakan sewenang-wenangnya. Mana-mana individu atau pihak dilarang menyebarkan kandungan tanpa izin. Sekiranya perbuatan tersebut adalah dilarang di dunia sebenar, ia masih akan dilarang di dalam dunia siber. Oleh itu, undang-undang melarang penyebaran bahan tanpa izin, contohnya kandungan kurang sopan/ lucah atau mana-mana bahan tanpa izin lain akan tetap digunapakai.

Dalam aspek ini, kementerian dan agensi berkaitan akan terus mengambil tindakan yang sesuai dan melaksanakan undang-undang yang tertakluk di bawahnya.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kembali Ke Atas




Akta Jaminan No. 8: Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing.

Objektif Polisi

Untuk mengenalpasti peranan penting tarif telekomunikasi yang kompetetif dalam menarik pelaburan pada MSC Malaysia dan menggalakan pertumbuhan industri ICT.

Interpretasi

Syarikat berstatus MSC Malaysia berhak menikmati tarif telekomunikasi yang kompetetif untuk menjalankan aktiviti ICT.

Untuk memastikan tarif telekomunikasi di MSC Malaysia kekal kompetetif, tarif yang diwartakan sentiasa dipantau dan dikaji dan oleh sebab itu tertakluk kepada perubahan. Di samping itu, tarif yang diwartakan mungkin bukan terendah oleh sebab mengambil kira faktor persekitaran telekomunikasi global yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah, keadaan ekonomi tempatan dan juga rangka kerja telekomunikasi negara tersebut.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kembali Ke Atas

 


Akta Jaminan No. 9: Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat terkemuka yang sedia menjadikan MSC sebagai pusat utama.

Objektif Polisi

Bagi merealisasikan impian Kerajaan untuk mejadi hab ICT terkemuka dunia, Kerajaan mengakui kepentingan menarik syarikat-syarikat terkemuka untuk bertapak di MSC Malaysia dengan menawarkan kontrak berkaitan dengan infrastruktur utama MSC Malaysia sebagai insentif untuk mereka membuka hab global/ serantau mereka di MSC Malaysia.

Interpretasi

Pihak Kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk menjemput syarikat terkemuka yang ingin menubuhkan pusat serantau/ global mereka di Malaysia supaya mnyerahkan kertas cadangan untuk kerja-kerja infrastruktur MSC Malaysia sebagai insentif untuk syarikat ini melabur di Malaysia. Di mana berkemungkinan, tawaran kontrak boleh dilakukan menerusi urusniaga terus berdasarkan pelbagai kemungkinan termasuklah nilai usul syarikat tersebut dan rekod prestasi syarikat tersebut dalam menjayakan projek seumpamanya.

Infrastruktur utama MSC Malaysia meliputi kedua-dua bentuk infrastruktur.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

  • Kementerian Kewangan

Kembali Ke Atas




Akta Jaminan No. 10: Menyediakan sebuah agensi sehenti dan diiktiraf bagi bidang ICT di Malaysia – MDEC.

Objektif Polisi

MDEC telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menjadi pusat sehenti, serta untuk memacu pembangunan MSC Malaysia secara khusus dan industri ICT negara secara amnya.

Interpretasi

MDEC diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Fungsi MDEC ialah untuk menyelaras, mempromosi dan membangun industri ICT dan perkhidmatan terpilih di MSC Malaysia dan Malaysia.

Ini termasuklah memproses permohonan dari syarikat yang ingin mendapatkan status MSC Malaysia dan menjadi pemudah cara segala yang berkaitan dengan permohonan contohnya permohonan pengambilan pekerja asing dan insentif cukai.

MDEC juga menjalankan benchmarking secara berkala untuk tarif serantau dan global di samping melakukan perbincangan bersama Telco dan ISP, dalam usaha menggalak tarif telekomunikasi yang kompetetif untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.

Selain itu, MDEC juga memberikan khidmat nasihat kepada pihak Kerajaan dalam soal polisi dan undang undang berkaitan dengan industri ICT, di samping membina dan melaksanakan inisiatif polisi khusus MSC Malaysia (contohnya MSC Malaysia Cybercity/ Cybercentre Status).

MDEC berusaha untuk mempromosi MSC Malaysia dan syarikatnya baik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif MDEC untuk menyokong dan membangunkan industri ICT untuk mencapai sasaran Malaysia sebagai pusat ICT global.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab:

  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

 

Kembali Ke Atas

 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >