MULTIMEDIA KREATIF

You are here

 

Multimedia Kreatif merupakan satu industri yang sangat menarik. Industri ini sentiasa berkembang dan segala perkembangannya sentiasa dinantikan oleh khalayak umum. Kini, industri Kreatif Multimedia semakin membina tapak sebagai salah satu industri paling mendapat perhatian di dunia, dengan prospek pengiklanan, animasi hinggalah ke permainan komputer, penerbitan dan juga media interaktif. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keistimewaan industri Multimedia Kreatif ini terletak pada kebolehannya mengadun teknologi dan seni dengan harmoni di dalam satu industri.


SOKONGAN DARI MSC MALAYSIA

Kajian The Creative Industry Outlook (2011-2014) yang dijalankan oleh Price Water Cooper House telah menunjukkan nilai industri Multimedia Kreatif adalah sebanyak RM4.2 trilion. Hasil ini dijana oleh 4 industri utama iaitu Filem (RM288 bilion), Kandungan Animasi (RM270 bilion), Permainan Video (RM192 bilion) dan juga Aplikasi Mudah Alih (RM88.5 bilion).

Kajian The Synovate Creative Industry Baseline (2008) menunjukkan bahawa menjelang 2013, nilai CARG untuk industri Multimedia Kreatif ialah setinggi 11.4% dengan jumlah sumbangan sebanyak 1.27% kepada GDP. Ini membuktikan betapa pentingnya industri Multimedia Kreatif dalam usaha memajukan ekonomi negara.

MSC Malaysia juga telah menubuhkan MAC3 (Malaysia Animation Content Creative Centre) dengan tujuan untuk:
a) Menyediakan teknologi dan sumber;
b) Menggalakkan bakat dan menawarkan peluang pembiayaan;
c) Memacu Malaysia ke arah menjadi pemimpin pembekal bahan digital kreatif.

Syarikat-syarikat yang berada di dalam MAC3 terdiri dari pelbagai bidang dalam Multimedia Kreatif seperti pasca produksi, studio kesan visual/ khas, animasi, permainan, kandungan interaktif, kandungan/ aplikasi bimbit dan juga perisian e-learning. Dalam aspirasi membina bakat kreatif Malaysia, MSC Malaysia dengan aktif menyokong bakat tempatan dengan menyediakan sumber terbaik untuk kemajuan industri ini.


PELUANG UNTUK INDUSTRI

Peluang dalam industri Multimedia Kreatif sangatlah luas, dengan aliran sekarang menjurus kepada perfileman, pembangunan permainan video dalam pelbagai platform, kandungan beranimasi di televisyen, pembangunan aplikasi bimbit untuk peranti Internet mudah alih. Bakat baru sentiasa dinantikan di dalam industri ini dan MSC Malaysia mengalu-alukan setiap minda kreatif untuk mencapai potensi maksimum mereka bersama MSC Malaysia.

APA SETERUSNYA?

Industri Multimedia Kreatif bukan setakat hiburan semata-mata. Segalanya mungkin dengan bantuan MSC Malaysia yang berazam melahirkan pencipta teknologi kreatif bertaraf dunia yang berani menyahut cabaran meneroka industri ini.

UNTUK MINDA KREATIF

Adakah anda bakat kreatif yang mempunyai aspirasi untuk menyumbang kepada negara?
Sertai program Multimedia Kreatif kami di mana kreativiti dan inovasi merupakan aset yang paling bernilai.
Program dan pembiayaan yang disediakan:

1) Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC)
2) Dana MAC3
4) DigiCon6

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >