PERKHIDMATAN EKSPATRIAT

You are here

   
 Proses mendapatkan Pas terbahagi kepada dua peringkat: 
   
 
 
Tahap 1 -Peringkat Kelulusan
  
 Syarikat diperlukan untuk menghantar borang permohonan bagi pengambilan Knowledge Workers Asing (FKW) kepada MDeC. Kelulusan akan diberikan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh penghantaran borang yang telah dilengkapkan.
  
  
 
Tahap 2 -Peringkat Pengiktirafan
  
 Pasport dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke Jabatan Imigresen untuk pengeluaran dan pengesahan pas. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari bekerja.
  
  
 Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
  
 
 Permohonan Pas Kerja
 Permohonan Pas Lawatan Profesional
 Permohonan Pas Tanggungan
 Permohonan Pas Pelajar (Sekolah Rendah dan Menengah)
  
 
   
 Lebih maklumat :
http://www.expats.com.my
 
 
 
   
   
   
   
   
   
   
   
   
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >