Soalan Lazim

You are here

 
   
 
 
Pilih satu topik dari senarai di bawah untuk pergi ke soalan lazim.
 
Mengenai MSC Malaysia
Mengenai MDEC
Perkongsian Perkhidmatan & Penyumberan Luar
Permohonan Status MSC Malaysia
Pembatalan Status MSC Malaysia
Penukaran Lokasi
Kewangan
Yuran Permohonan
Multimedia Kreatif
Logo MSC Malaysia
 
   
 
Mengenai MSC Malaysia
 
S.
Apakah Wizard dan apa yang perlu saya lakukan dalam Wizard?
Wizard adalah sistem penyerahan dalam talian bagi permohonan Status MSC Malaysia dan melalui Wizard, pemohon dikehendaki mengemukakan rancangan perniagaan dan kewangan untuk tempoh 3/5 tahun.
 
S.
Adakah entiti milikan tunggal/perkongsian dibenarkan untuk memohon Status MSC Malaysia?
Tidak. Pemohon mestilah syarikat Sendirian Berhad.
 
S.
Bagaimana saya tahu sama ada permohonan saya telah diluluskan atau yang tidak?
Notifikasi melalui e-mel akan dihantar kepada alamat perhubungan utama.
 
S.
Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan daripada permohonan rasmi ke peringkat Pembentangan kepada Jawatankuasa Kelulusan?
Jangka masa proses permohonan adalah dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan dikemukakan secara rasmi.
 
S.
Syarikat saya membuat permohonan status MSC Malaysia. Bolehkan syarikat saya melakukan aktiviti-aktiviti di bawah kelompok yang berbeza?
Syarikat anda dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di bawah kelompok yang berbeza.
 
S.
Apakah peratusan Knowledge Worker yang diperlukan untuk syarikat MSC dan adakah terdapat sebarang had ke atas bilangan Knowledge Worker asing yang boleh diambil?
Peratusan Knowledge Worker yang diperlukan untu sesebuah syarikat MSC adalah pada 15% dan tidak ada sebarang had ke atas bilangan Knowledge Worker asing.
 
S.
Mengapa syarikat-syarikat berstatus MSC perlu berpindah ke Cybercity atau Cybercentre MSC Malaysia ?
Syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia perlu berpindah ke Cybercity atau Cybercentre untuk menikmati faedah dan kelebihan yang ditawarkan oleh MSC Malaysia.
 
S.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penyerahan permohonan?
 1. Salinan pelan perniagaan dalam tiga (3) salinan
 2. Borang Permohonan yang telah dilengkapkan
 3. Borang Pendaftaran Perniagaan - borang 9, 24, 49 dan 13/32A (jika ada)
 4. Laporan Kewangan yang diaudit untuk tempoh tiga (3) tahun
 5. Bayaran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan sebanyak RM2,000 dibayar kepada Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.
 
S.
Jika syarikat saya baru ditubuhkkan, adakah saya perlu menghantar Laporan Kewangan yang telah diaudit?
Tidak.
 
S.
Adakah terdapat yuran pemprosesan yang perlu dibayar untuk permohonan ini?
Ya. Setiap permohonan akan dikenakan yuran pemprosesan yang tidak akan dikembalikan sebanyak RM2,000.
 
S.
Selepas permohonan status MSC Malaysia telah diluluskan, apakah langkah seterusnya?
Syarikat akan menerima Surat Kelulusan Status MSC Malaysia dan Sijil Status MSC Malaysia.
 
 
   
 Kembali Ke Atas 
   
 
 
 
 
 
 
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >