Infotech

You are here

 

Malaysia merupakan salah satu negara yang terkenal dalam pusat pembangunan luar pesisir. Sebabnya mudah – Malaysia memiliki persekitaran Penyelidikan & Pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Ini dibuktikan dengan laporan AT Kearney Global Services Location Index yang meletakkan Malaysia sebagai lokasi ketiga paling menarik di dunia. Penilaian ini dibuat berdasarkan 3 kriteria utama iaitu Tarikan Kewangan, Kemahiran & Keadaan Insan serta Persekitaran Perniagaan. 

Sehingga kini, terdapat lebih 200 syarikat asing dan multinasional yang telah menubuhkan pusat serantau dan global mereka di Malaysia, membawa masuk berbilion ringgit pelaburan dan mewujudkan beribu peluang pekerjaan. Syarikat-syarikat ini sedang menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

TENAGA KERJA TERBAIK

Dalam the English Proficiency Index yang dijalankan oleh Education First, Malaysia merupakan negara paling fasih berbahasa Inggeris di kalangan negara Asia yang bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya. Etika kerja juga menjadi keutamaan dan ini terbukti apabila Malaysia menjadi juara dalam IMD World Competitiveness Ranking, mendahului pesaing seperti Australia, Brazil dan China.
Kemajuan ini telah membuktikan bahawa Malaysia sedang bersedia untuk menjadi pembekal Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (SSO) kepada kepada syarikat multinasional.

BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBANTU?

Selama 17 tahun, MSC Malaysia telah menjadi pengaruh penting dalam usaha berterusan Malaysia untuk mewujudkan tenaga kerja celik IT. MSC Malaysia telah menyokong industri ICT Malaysia menerusi dialog bersama pemimpin syarikat tempatan, hubungan rapat dengan pemimpin dunia serta kajian pasaran yang teliti untuk sentiasa berada di hadapan pesaingnya.

MDeC kini mengambil peranan yang lebih besar dengan menghubungkan anda kepada pembekal terbaik bagi keperluan R&D anda. Kami juga berazam merealisasikan imaginasi dan cita-cita anak muda Malaysia untuk menggalakkan mereka mengambil kursus yang lebih mencabar dan seterusnya menjadi sebahagian dari tenaga kerja profesional ICT.

PROGRAM KAMI

Bengkel/ Bimbingan

  • Penjenamaan dan Pemasaran
  • Kepintaran Kewangan - Perakaunan Asas dan Analisis Kewangan
  • Jualan Ninja Hunter untuk Syarikat Berkembang

Penasihat Eksport

  • Filipina
  • Thailand

Accelerator Pasaran

  • Usaha Sama INFOTECH dengan Sedania Group

Klik untuk membaca Infotech Directory Flipbook.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >