Apa itu Status MSC Malaysia

You are here

 


Apa itu Status MSC Malaysia?
Status MSC Malaysia merupakan pas anda untuk menikmati keistimewaan yang hanya dikhaskan untuk perniagaan ICT dan perniagaan yang menggunakan ICT. Ia juga melambangkan pencapaian dan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.
 

Status ini dianugerahkan kepada kedua-dua syarikat tempatan dan luar negara yang membangunkan atau menggunakan teknologi multimedia untuk menghasilkan atau meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan mereka, dan untuk proses pembangunan.
Gunakan pautan di bawah untuk mengetahui kesan-kesan dan kepentingan status MSC Malaysia untuk perniagaan anda dan masa depan: -

 

 
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >