Kenyataan Rasmi Berhubung "MALAYSIA MSC STATUS COMPANY DIRECTORY"

You are here

Kami telah dimaklumkan berkenaan cadangan sebuah penerbitan yang bertajuk MALAYSIA MSC STATUS COMPANY DIRECTORY”. Kami ingin memaklumkan bahawa:

  1. MDeC tidak membenarkan atau melantik mana-mana pihak ketiga untuk menerbitkan atau mengedarkan direktori "MALAYSIA MSC STATUS COMPANY DIRECTORY” tersebut;
  2. MDeC tidak membenarkan atau melantik mana-mana pihak ke tiga untuk meminta atau mengutip bayaran berkenaan dengan pengiklanan; dan
  3. Penerbitan dan pengedaran “MALAYSIA MSC STATUS COMPANY DIRECTORY” yang dicadangkan adalah satu tindakan dan aktiviti yang dijalankan oleh Penerbitan Direktori Multimedia RPT Sdn Bhd yang tidak mendapat pengesahan, perlantikan dan tidak mempunyai sebarang hubung-kait dengan MDeC.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan MSC Malaysia (CliC) di nombor telefon: 03-8315 3000 atau di Talian Bebas Tol: 1-800-88-8338 (dalam Malaysia) atau clic@mdec.com.my.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >