Perlindungan Data Peribadi

You are here

1.  Pengenalan

Pernyataan-pernyataan yang berikut menerangkan terma-terma am oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn. Bhd. (“MDEC”) berkenaan dengan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh MDEC. MDEC komited kepada perlindungan data peribadi anda serta pematuhan segala undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai di Malaysia.

2.  Persetujuan Anda
 
Dengan memberikan data peribadi anda kepada MDEC, anda telah membaca dan menerima pernyataan-pernyataan ini serta telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada MDEC, anda memberikan jaminan dan representasi kepada MDEC bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk pemprosesan data peribadi yang berkaitan oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini.

3.  Pernyataan Prinsip Notis dan Pilihan

3.1  MDEC mungkin akan dikehendaki mengumpulkan data peribadi daripada anda sepanjang anda berurusan dengan MDEC atau bagi tujuan kegiatan-kegiatan perniagaan MDEC. Data peribadi sedemikian mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama seperti dalam kad pengenalan, nama pilihan, nombor pengenalan/pasport, umur, nombor hubungan, alamat kediaman, alamat emel, tarikh lahir, jantina, bangsa, kewarganegaraan, pekerjaan, jawatan, butiran akaun bank, maklumat pasangan/anak seperti nama dan tarikh lahir, maklumat syarikat seperti nama, nombor pendaftaran dan alamat, maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan dan lain-lain data sedemikian yang perlu bagi tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan.  

3.2  Data peribadi yang anda berikan kepada MDEC mungkin akan diproses oleh MDEC bagi tujuan-tujuan seperti yang berikut: -
(a)  untuk mengendalikan hubungan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
(b)  untuk berhubung dengan anda dan/atau syarikat anda;
(c)  untuk melaksanakan prosedur-prosedur pengurusan hubungan pelanggan;
(d)  untuk memberikan anda maklumat tentang kegiatan-kegiatan, produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang mungkin dianjurkan, diuruskan, dimudahcarakan, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh MDEC;
(e)  untuk memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang mungkin akan menarik minat anda;
(f)  untuk memudahkan pembayaran berhubung urusan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
(g)  untuk menjalankan penyelidikan, kajian, penilaian, kaji selidik dan/atau menyediakan laporan-laporan/statistik-statistik bagi tujuan kegiatan-kegiatan perniagaan MDEC;
(h)  untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
(i)  untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang terpakai kepada MDEC, dan untuk membuat penzahiran di bawah keperluan sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada MDEC;
(j)  untuk pengambilan pekerja-pekerja;
(k)  untuk penyimpanan rekod dalaman MDEC; dan/atau
(l)  lain-lain aktiviti perniagaan MDeC yang sah.

3.3  Data peribadi yang anda berikan kepada MDeC mungkin akan, jika diperlukan, dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut: -
(a)  Subsidiari-subsidiari MDEC di dalam atau di luar Malaysia;
(b)  subkontraktor atau pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau produk sebagaimana yang mungkin akan ditentukan oleh MDEC sebagai perlu atau wajar; 
(c)  institusi kewangan bagi tujuan memudahkan pembayaran-pembayaran dan/atau penyimpanan rekod-rekod kewangan berkaitan hubungan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dan anda dan/atau syarikat anda;
(d)  agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak terpilih di dalam atau di luar Malaysia termasuk rakan kongsi-rakan kongsi strategik yang bekerja bersama MDEC berhubung kegiatan-kegiatan perniagaan atau sebarang acara atau program MDEC;
(e)  ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, syarikat insurans, peguam-peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional untuk MDEC;
(f)  badan-badan pengawalseliaan, badan-badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika dikehendaki atau diberikan kuasa untuk berbuat sedemikian bagi melaksanakan fungsi pengawalseliaan di bawah apa-apa undang-undang atau berhubung apa-apa perintah atau penghakiman sesuatu mahkamah; 
(g)  mana-mana orang yang kepadanya MDEC dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang; dan/atau
(h)  pemegang saham-pemegang saham kami.

3.4  Umumnya, data peribadi yang diproses oleh MDEC dikumpul daripada anda atau diberikan kepada MDEC oleh pihak ketiga adalah bagi tujuan-tujuan yang tersebut di atas.

3.5  Sila ambil perhatian bahawa data peribadi anda diperlukan oleh MDEC untuk memenuhi tujuan-tujuan yang tersebut di atas. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang tersebut akan atau boleh menyebabkan: -
(a)  MDEC tidak dapat mengendalikan hubungan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
(b)  MDEC tidak dapat memberikan anda maklumat tentang kegiatan-kegiatan, produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang mungkin dianjurkan, diuruskan, dimudahcarakan, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh MDEC; dan/atau
(c)  MDEC tidak dapat memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang mungkin akan menarik minat anda.

3.6  Anda berhak untuk meminta akses dan untuk membuat pembetulan kepada data peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin membuat mana-mana permintaan tersebut, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis kepada MDEC di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di bawah. Kami mungkin akan mengenakan bayaran pentadbiran untuk permintaan tersebut.

3.7  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi tersebut, sila hubungi MDEC secara bertulis di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di bawah.

4.  Keselamatan Data Peribadi Anda

MDEC telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan-keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Sekiranya kami mendapati adalah perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data, kami akan memindah data peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia, di bawah tahap dasar-dasar keselamatan yang sama. 

5.  Perubahan Kepada Pernyataan Ini

Pernyataan ini mungkin akan disemak dan dikemaskinikan dari masa ke masa. MDEC mengesyorkan agar anda melawat laman web ini untuk membaca versi terkini pernyataan ini setiap kali anda memberikan data peribadi anda kepada MDEC.

6.  Percanggahan

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Melayu bagi pernyataan ini, versi bahasa Inggeris hendaklah mengatasi versi bahasa Melayu. 

7.  Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang pernyataan ini, anda boleh menghubungi MDEC di: -

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn. Bhd.
2360 Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
U/P: Ketua, Pusat Hubungan Pelanggan (CliC)

Emel: clic@mdec.com.my
No. Telefon:   1-800-88-8338 (dalam Malaysia) ATAU
                     +6 03 8315 3000 (luar Malaysia)
No. Faksimili: +6 03 8315 3115

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >