Pengenalan

You are here

Mempertingkatkan Kemahiran, Menglobalisasi Bakat

Inisiatif Pembangunan K-workers (KDI) bertujuan untuk memenuhi permintaan semasa dan masa akan datang terhadap bakat yang relevan oleh industri ICT terutamanya oleh syarikat berstatus MSC Malaysia. Bagi tujuan ini, KDI menawarkan pelbagai program yang merangkumi kesedaran kerjaya, latihan kemahiran, latihan industri, penjajaran kurikulum di Institut Pelajaran Tinggi (IPT) dan juga unjuran permintaan bekalan. Dalam melaksanakan program-program yang telah diatur, KDI bekerja dengan rapat dengan kementerian dan agensi yang berkaitan bagi melaksanakan pelaksanaan yang mapan, berkesan dan berjaya.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >