Let's Accelerate

You are here

Seorang usahawan adalah individu yang memulakan sebuah perniagaan baru atau startup, dengan mengambil risiko kewangan bagi memastikan syarikat yang dibina dapat bertapak.

Bukan semua orang mampu menjadi seorang usahawan kerana ianya memerlukan anda menjadi seorang yang berani, berdikari dan mungkin sedikit ketidak warasan andai dilihat dari perspektif mereka yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Hari ini, kemungkinan untuk seseorang dari Malaysia membangunkan aplikasi popular seperti Waze atau Facebook adalah sama berbanding negara-negara lain. Dengan adanya internet, idea yang hebat dari seorang individu mampu untuk mengubah dunia.

Dari satu idea ringkas bertukar menjadi urusniaga bernilai RM5 bilion dalam tempoh 5 bulan, ini merupakan satu kisah kejayaan sebenar dari syarikat tempatan Malaysia yang berjaya menyempurnakan Program Digital Malaysia Corporate Accelerator (DM CAP).

Bayangkan, itu adalah salah satu contoh. Terdapat ramai lagi usahawan Malaysia seperti Khailee Ng dari 500 Startups, Goh Ai Ching dari PiktoChart, Devons Singara dari Tribehired dan banyak lagi yang telah mendapat bantuan secara langsung dan secara tidak langsung dari Perbadanan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), badan yang bertanggungjawab ke atas inisiatif kebangsaan MSC Malaysia. Ada di antara mereka yang berjaya membuka perniagaan di seluruh dunia berbekalkan model perniagaan yang berdaya maju.

Program Startup & Enterpreneurship Ecosystem Development (SEeD) telah dilancarkan oleh MDEC untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi usahawan di samping membantu mereka mengembangkan idea mereka sehingga dapat mendatangkan hasil yang diharapkan.

Kempen "Let's Accelerate" bertujuan membawa mesej yang jelas bahawa anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya dengan mengambil bahagian dalam rangkaian "Let's Accelerate" MDEC, iaitu satu kelompok permulaan perniagaan lengkap yang telah dicipta oleh SEeD.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >