Malaysia's Showcase

You are here

Basis Bay Sdn Bhd

Basis Bay adalah peneraju utama di kalangan pembekal Perkhidmatan Penyelesaian Penyumberan Luar Mampan di dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan Pusat Data Terurus. Ditubuhkan pada tahun 1996 dengan menumpukan perhatian kepada ruangan Enterprise IT premium, Basis Bay telah beroperasi di lebih 16 lokasi di seluruh Asia Pasifik dan Eropah.

Basis Bay merekabentuk dan membina Pusat Data menurut piawaian antarabangsa yang sangat ketat tetapi dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan reka bentuk "Green-print" yang mengutamakan kecekapan serta mengurangkan pembaziran walau dalam keadaan persekitaran yang paling mencabar. Pusat Data "Hijau" perdananya - yang terletak di Cyberjaya, Malaysia merupakan yang pertama seumpamanya di Asia dan telah menjadi rujukan reka bentuk industri bagi Pusat Data yang beroperasi dalam iklim tropika.

Prinsip teras di Basis Bay adalah kepercayaan bahawa Kelangsungan perlu menjadi tunggak pemikiran strategik IT. Bagi kami, ini bermaksud Kejuruteraan Semula IT untuk dunia yang lebih hijau. Secara keseluruhannya ia melibatkan penggunaan Amalan Terbaik IT Hijau dalam 4 bidang utama:

  • Perolehan Bijak: Mengadaptasi polisi penyumberan global berdasarkan amalan rantai bekalan mampan, di samping penggunaan komponen yang dikitar semula secara efektif dan polisi pembelian yang berhemah dalam menentukan pembelian perisian dan perkakasan IT.
  • Pusat Data Teknologi Hijau: Menyukat dan mengurus Power Usage Effectiveness (PUE) secara aktif dan sentiasa mencari jalan untuk mengurus dan mereka pusat data yang lebih efektif.
  • Pengurusan Kitaran Hayat Teknologi: Mengoptimumkan penggunaan produktif aset-aset IT.
  • Pengoptimuman Infrastruktur IT: Menerima pakai Seni Bina berasaskan awan dan sistem bersepadu/ maya.

Sebagai peneraju global di dalam IT HIJAU, kami percaya teknologi merupakan pemangkin untuk perubahan dan lebihan atau limpahan boleh dicapai sekiranya keuntungan ekonomi, kebajikan rakyat dan penjagaan terhadap hidupan menjadi perkara utama dalam cara kita berfikir dan bertindak. Oleh sebab itu, kita perlu melakukan perubahan kepada pemikiran dan konsep IT tradisional.

Basis Bay Sdn Bhd
No. 13/15, Jalan Perintis U1/52
Temasya Glenmarie
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: (603) 5565 6200
Faks: (603) 5565 6297
URL: www.basisbay.com

Hubungi:
Akhil Gupta
Pengarah Operasi
Products & Services: 

Penyelesaian Perkakasan Enterprise Hardware

  • Perdagangan Perkasakan Enterprise
  • Penyewaan Perkakasan Enterprise
  • Pemindahan Perkakasan Enterprise
  • Perkakasan Enterprise Terpakai

Penyelesaian Simpanan

  • SAN/ NAS
  • Simpanan Luar Talian
  • Simpanan Bersepadu Dalam Talian
  • Simpanan Di Atas Permintaan
  • Rundingan Simpanan

Penyelesaian Keselamatan & Rangkaian

  • Pengurusan Keselamatan Enterprise
  • Pengawasan Keselamatan Internet
  • Audit & Penembusan
  • Infrastruktur Rangkaian & Keselamatan
  • Khidmat Rundingan Keselamatan

Perkhidmatan

  • Pengurusan Kelangsungan Perniagaan
  • Perkhidmatan Pemulihan Bencana
  • Perkhidmatan Pemulihan Bencana Pusat Perhubungan
  • Penyelesaian Pusat Perhubungan Khusus
  • Perkhidmatan Pusat Data
  • Penyelenggaraan Perkakasan Enterprise Pihak Ketiga
  • Sistem Sokongan
  • Perkhidmatan Pengurusan Penyelenggaran Terurus
  • Simpanan Data Komputer di Luar Tapak
  • Penyumberan Luar IT

Penyelesaian Aplikasi

  • Pembangunan Aplikasi Disesuaikan
  • Pengurusan Projek
  • Sistem Integrasi Perisian
  • Migrasi Aplikasi dan Pangkalan Data
  • Perisian Pengurusan Pita
  • Penyelesaian Perbankan Teras
  • Perancangan Sumber Enterprise
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >