Perkongsian Perkhidmatan dan Penyumberan Luar

You are here

Mohon untuk peluang pekerjaan

Perkongsian Perkhidmatan dan Penyumberan Luar (SSO) merupakan satu perkhidmatan integrasi yang menggunakan strategi perbandingan terbaik dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kewangan & Perakaunan, Sumber Manusia dan Reka Bentuk & Perkhidmatan Kejuruteraan. Ia merupakan satu alat yang penting dalam mempercepat dan melengkapkan pendekatan perkhidmatan perniagaan memandangkan lebih banyak syarikat kini menggunakan strategi perkhidmatan global untuk meyelaraskan objektif perniagaan dan mencapai ekonomi berskala.

Sebagai sebahagian daripada projek Perkhidmatan Perniagaan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), SSO merupakan satu industri yang sedang cepat mendapat momentum di Malaysia memandangkan ia merupakan salah satu dari fokus Transformasi Ekonomi Negara. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai satu negara berpendapatan tinggi, MDeC menjadi peneraju utama yang meperkukuhkan Kemampuan, Kapasiti dan Kredibiliti industri untuk membangunkan pusat data bertaraf dunia.

Berbekalkan ICT bertenaga dan industri perkhidmatan bertaraf antarabangsa, firma perundingan pengurusan global, AT Kearney telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke tiga selama 3 tahun berturut-turut dalam Global Services Location Index mereka sejak tahun 2004 yang mengukur daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan tenaga kerja serta persekitaran perniagaan. Malaysia juga menduduki tempat ke 12 dalam World Bank’s Ease of Doing Business Report  dan di kedudukan ke 15 dalam IMD World Competitiveness pada tahun 2013.

Sama ada dari segi tenaga kerja, kos yang berdaya saing, infrastruktur penyumberan luar, kemudahan ICT atau infrastruktur perniagaan bertaraf dunia, Malaysia mempunyai sumber yang terbaik untuk menampung permintaan perusahaan hari ini. Setakat ini, terdapat lebih daripada 250 syarikat-syarikat asing dan multinasional yang telah menubuhkan perkhidmatan serantau dan global perkongsian dan pusat penyumberan luar di Malaysia, membawa bersama pelaburan bernilai bilion Ringgit dan beribu-ribu peluang pekerjaan. Syarikat-syarikat ini pada masa ini melaksanakan pelbagai aktiviti SSO dalam 5 industri menegak berikut:

a) Perkhidmatan Perbankan, Kewangan dan Insurans (BFSI)
b) Teknologi Maklumat dan Informasi (ICT)
c) Farmasi dan Kesihatan (P&H)
d) Logistik dan Pengangkutan (L&T)
e) Tenaga Kimia dan Sumber (ECR)

Akiviti SSO terbahagi kepada 3 kategori:

Sebahagian besar aktiviti yang dijalankan dalam persekitaran yang SSO adalah proses perniagaan yang boleh terdiri dari operasi bahagian depan (front-end) atau belakang (back-end). Aktiviti itu mungkin termasuk pengukuhan fungsi perniagaan dalaman seperti sumber manusia, kewangan dan perakaunan, dan perkhidmatan pelanggan, termasuk pusat panggilan dan sokongan teknikal.

  1. Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO)
    Transaksi jenis dalaman (back-office) fungsi perniagaan seperti sumber manusia atau kewangan & perakaunan dan fungsi pejabat hadapan yang termasuk perkhidmatan yang berkaitan dengan pelanggan seperti perkhidmatan pemasaran dan pusat hubungan.
  2. Penyumberan Luar Teknologi Maklumat (ITO)
    Transaksi IT dan fungsi yang berkaitan dengan IT seperti pengaturcaraan, sokongan teknikal, sokongan komputer dan pelayan, rangkaian dan sistem keselamtan dan lain-lain lagi.

  3. Penyumberan Luar Proses Maklumat (KPO)
    Proses bernilai tambah yang sangat kompleks dan memerlukan bakat profesional dengan sokongan pendidikan meluas. Profil dasarnya memerlukan pengetahuan khusus dan maju berkenaan domain atau khusus tertentu. Dalam konteks KPO, penekanan lebih akan diberikan kepada infrastruktur fizikal. Oleh itu, ia akan berteraskan pengetahuan dan bukan berteraskan modal.

PERKHIDMATAN BERNILAI TINGGI-MELANGKAH RANTAIAN NILAI

MDeC telah bersedia untuk memacu fasa pembangunan industri dan kemudiannya menggerakkan Malaysia dalam rantaian nilai dengan tumpuan kepada sektor KPO berpulangan tinggi. Aktiviti dan perkhidmatan jenis KPO adalah sangat digalakkan dengan pelaburan baru danpembangunan bidang baru khusus seperti memperluaskan perkhidmatan Kejuruteraan dan Reka Bentuk kepada Industri Minyak dan Gas dan lain-lain lagi.

Sementara itu, kelompok ini memudahkan pertumbuhan sumber luar tempatan di bawah 2 program Projek Permulaan (EPP2). Insentif dan inisiatif disediakan untuk membolehkan pemain tempatan yang lebih kecil untuk berkembang. Penanda aras bagi syarikat-syarikat EPP2 ini dibuat berdasarkan apa yang ditetapkan oleh International Association of Outsourcing Professionals (IAOP). Program-program yang memudahkan pengembangan pasaran dari segi keperluan pembiayaan seperti ekuiti persendirian dan modal teroka dan untuk memupuk syarikat tempatan tersebut dari segi pertumbuhan, pengembangan pasaran, akses pasaran dan mempromosikan dialog industri yang telah dirangka serta dilaksanakan. 

KENAPA MALAYSIA?

Industri SSO telah menjadi salah satu fokus teras dalam pembangunan ekonomi Malaysia dalam transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dengan ekonomi berasaskan pengetahuan menjelang tahun 2020. Melalui pelbagai dasar yang diwujudkan, insentif kerajaan, akses infrastruktur moden, kumpulan bakat mahir dan sumber ICT yang merangkumi perkakasan, perisian dan perkhidmatan, syarikat-syarikat dijamin akan menerima sokongan dan galakan untuk berkembang maju dalam sektor ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh International Data Corporation (IDC), ini adalah sebab-sebab utama mengapa Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi hab serantau bagi pengukuhan operasi untuk mengukuhkan Kewangan dan Perakaunan. Kumpulan bakat dan bilangan pusat-pusat perkhidmatan perkongsian telah mewujudkan ekosistem kondusif yang akan memastikan pertumbuhan yang konsisten dari segi nilai perkhidmatan, kematangan dan keupayaan individu menyampaikan perkhidmatan. 

 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >