TEKNOLOGI

You are here

Model Inovasi Negara direka untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada ekonomi berasaskan inovasi yang menggalakkan perolehan pengetahuan dan ekonomi pengetahuan, yang seterusnya akan diserap masuk ke dalam semua bidang dari bioteknologi dan ICT hingga ke pertanian.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia
Pada tahun 2009, Kelompok Multimedia Kreatif (CMC) di bawah Multimedia Super Corridor,190 syarikat mencatatkan lebih USD1 bilion dalam pendapatan dan lebih USD60 juta dalam eksport, menyediakan 7,028 peluang pekerjaan, membelanjakan lebih USD40 juta untuk Penyelidikan dan Pembangunan, serta memfail dan melindungi 390 harta intelek.
The Malay Mail
Kadar penembusan internet Malaysia adalah 62 untuk setiap 100, mendahului Brazil (33), China (22), India (6.9), Indonesia (13), Filipina (6), Rusia (32), Thailand (18) dan Vietnam (23).
The Sourcing Line
Pelan Jalur Lebar Negara Malaysia bertujuan meningkatkan penembusan internet jalur lebar isi rumah daripada 26% kepada 50%, seterusnya menghasilkan “Connected Government”, satu inisiatif yang dilancarkan pada tahun 2007 untuk mencapai interaksi face-to-face sifar bagi meningkatkan perkongsian maklumat, integrasi dan saling beroperasi di kalangan badan-badan kerajaan dan orang ramai.
Asia Pacific FutureGov
Mengikut ukuran eksport berteknologi tinggi sebagai peratusan dari semua eksport, Malaysia berada di tangga ke 4 mendahului Brazil (37), China (8), Jerman (25), India (50), Indonesia (44), Singapura (5), Korea Selatan (7), United Kingdom (21) dan Amerika Syarikat (13).
Networked Readiness
Berhubung dengan Kerajaan menjadi teraju dalam memperkenalkan teknologi baru dan canggih, Malaysia berada di kedudukan ke 9, mendahului Australia (42), Brazil (60), China (13), Hong Kong (28), India (68), Indonesia (34), Jepun (49), Filipina (119), Rusia (69), Korea Selatan (15), Thailand (58) dan Vietnam (11).
Ernst & Young
Agenda IT Negara (NITA) menyatakan komitmen Malaysia untuk menggunakan IT sebagai satu alat untuk pendidikan dan sebagai pemacu ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan yang seimbang.
Perbadanan Pebangunan Multimedia
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >