Terma & Syarat

You are here

Pengenalan
 
Laman web ini ("Laman Web") dimiliki dan dioperasi oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn. Bhd. (389346-D) ("MDEC"). MDEC berhak untuk mengubah atau memberhentikan sebarang aspek atau ciri Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan dan masa ketersediaan.
 
Perubahan kepada Terma dan Syarat
 
Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada Terma dan Syarat setiap kali anda mengakses Laman Web ini untuk memastikan dan memahami mana-mana pemotongan, pengubahsuaian, variasi dan/ atau penambahan yang dibuat kepada Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dan anda dianggap telah bersetuju dan menerima Terma dan Syarat ini, termasuk pemotongan, pengubahsuaian, variasi dan/ atau penambahan setiap kali anda mengakses dan menggunakan Laman Web ini.
 
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >