Apa itu MSC Malaysia

You are here

MSC Malaysia adalah inisiatif nasional negara Malaysia yang direka bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia di waktu yang sama membimbing industri ICT tempatan. Disokong sepenuhnya oleh Kerajaan, MSC Malaysia telah membawa transformasi negara ke arah K-Ekonomi sepanjang sedekad setengah yang lalu. MSC Malaysia adalah pintu masuk anda ke industri ICT di Malaysia dan rantau Asia.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >