KENAPA MALAYSIA

You are here

 

 

Malaysia merupakan negara yang mempunyai persekitaran perniagaan yang dinamik. Di bawah Pelan Transformasi Ekonomi, sektor swasta memainkan peranan utama dalam membawa negara maju ke hadapan. Dasar-dasar kerajaan mesra pelabur, direka untuk menarik pelabur yang berkualiti. Malaysia mempunyai infrastruktur dan infostruktur yang kondusif dan juga setanding dengan mana-mana negara maju. Pada masa yang sama, Malaysia terus menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk menyokong pertumbuhan negara.

Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan kepada banyak Syarikat multinasional. Sehingga kini terdapat lebih 5,000 buah syarikat asing dari 40 buah negara yang beroperasi di Malaysia.

Kerajaan Malaysia melalui pelbagai agensinya konsisten membangun dan melaksanakan program-program pertumbuhan dan pembangunan bagi memastikan perusahaan tempatan memenuhi piawaian antarabangsa dalam pelbagai aspek perniagaan.

Bagi memastikan perusahaan tempatan mampu berkembang maju dalam bidang mereka, Malaysia sentiasa mematuhi set piawaian antarabangsa dalam bidang prestasi perniagaan, pengurusan operasi, keupayaan pemasaran, pembangunan bakat, keupayaan pengurusan, inovasi dan keupayaan kewangan.

Program-program kemahiran khusus dianjurkan untuk terus membangunkan usahawan dan perniagaan bagi memperoleh pengetahuan yang relevan.

Kerajaan Malaysia komited dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang dinamik dan progresif agar bakal pelabur dapat menikmati hasil dari perkembangan ekonomi.

 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >