MENGAPA STATUS MSC MALAYSIA?

You are here

 
 
   
 MSC Malaysia telah membuka ruang industri ICT di Malaysia dan telah menyumbang kepada ekonomi negara. MSC Malaysia telah berjaya merapatkan jurang digital negara dan kemampuan negara dalam menjalankan perniagaan di seluruh dunia. 
   
 
 Mengapa anda perlu memberi lebih tumpuan kepada Status MSC Malaysia  
 
Bullet PointAkta Jaminan
Bullet PointInfrastruktur
Bullet PointUndang Undang Siber
Bullet PointInsentif
Bullet PointGaya Hidup Moden Berkualiti Tinggi
Bullet PointTenaga Kerja Muda dan Berbilang Bahasa
Bullet PointKos Kompetitif, Bernilai Tinggi
  
 
 
 

Akta Jaminan

  1. Menyediakan kemudahan fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
  2. Membenarkan penggajian pekerja maklumat (Knowledge Workers) tempatan dan asing tanpa had.
  3. Memastikan kebebasan pemilikan syarikat bagi syarikat berstatus MSC Malaysia dengan mengecualikan dari syarat-syarat pemilikan tempatan.
  4. Di beri kebebasan untuk mendapatkan modal untuk infrastruktur MSC Malaysia, dan hak untuk meminjam geran secara global.
  5. Menyediakan insentif kewangan yang berdaya saing, termasuk status perintis yang memberikan pengecualian cukai sebanyak 100% sehinga 10 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sehingga 5 tahun dan tiada duti ke atas pengimportan peralatan multimedia.
  6. Menjadi peneraju serantau dalam perlindungan harta intelek dan undang-undang siber.
  7. Memastikan tiada penapisan internet.
  8. Memastikan tarif telekomunikasi yang berdaya saing di peringkat global.
  9. Menawarkan perolehan kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat-syarikat terkemuka yang bersedia menjadikan MSC Malaysia sebagai hab serantau.
  10. Menjadi sebuah agensi sehenti yang efektif - MDEC.
 
 
 

Infrastruktur Fizikal & Komunikasi Bertaraf Antarabangsa

Infrastruktur Maju

Sehingga April 2013, terdapat 30 Cybercity dan Cybercentre yang telah beroperasi sepenuhnya dalam MSC Malaysia di mana syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia boleh menempatkan premis perniagaan mereka. Cybercity dan Cybercentre ini diaudit setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada set piawaian minima dan kriteria yang membezakan mereka dari mana-mana lokasi yang lain. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mentadbir set piawaian minima bagi memastikan Cybercity MSC Malaysia sentiasa mengamalkan set piawaian bandar pintar terkini.

Infrastruktur Telekomunikasi

MSC Malaysia disokong oleh infrastruktur telekomunikasi digital berkapasiti tinggi yang direka untuk memenuhi piawaian antarabangsa dari segi kapasiti, harga dan kebolehpercayaan.

Ciri-ciri rangkaian telekomunikasi utama yang akan menghubungkan MSC Malaysia ke pusat-pusat serantau dan global termasuk:

  • Tulang belakang Gentian Optik dengan kapasiti 2.5 - 10 gigabit sesaat
  • Capaian berkapasiti tinggi
  • Piawaian terbuka, penukaran berkelajuan tinggi dan protokol pelbagai termasuk"Asynchronuous Transfer Mode" (ATM).
  • Jaminan prestasi terbaik di dalam kelasnya
  • Harga telekomunikasi yang berdaya saing
 
 
 

Undang Undang Siber

Malaysia merupakan ahli kepada Penubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Konvensyen Paris, Konvensyen Berne dan telah menandatangani perjanjian "Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights" (TRIPS).

Dengan perlaksanaan MSC Malaysia, Kerajaan telah memberikan komitmen kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia untuk menjayakan Akta Jaminan bagi menyediakan rangka kerja pengawal seliaan yang komprehensif berkaitan perlindungan harta intelek dan undung-undang siber dengan tujuan memudahkan dan membantu pembangunan persekitaran ICT dan multimedia yang sebenarnya.

Berikut merupakan penerangan ringkas berkenaan rangka kerja berkanun Malaysia bagi perlindungan harta intelek dan undang-undang siber.

Perlindungan Harta Intelek

  • Undang Undang Siber
  • Akta Tanda Tangan Digital 1997 (Berkuat kuasa 1 November 2001)
  • Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Berkuat kuasa1 April 1999)
  • Akta Suruhanjaya Komunikasi dah Multimedia 1998 (Berkuat-kuasa 1 November 1998)
  • Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 (Berkuat-kuasa 1 April 1999)
  • Akta Teleperubatan 1997 (Belum dikuat-kuasakan)
  • Akta Jenayah Komputer 1997 (Berkuat-kuasa 1 Jun 2000)
  • Akta Jenayah Elektronik 2006 (Effective 19 October 2006)
  • Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Berkuat-kuasa 1 Januari 2008)
  • Inisiatif lain yang dalam perancangan
Klik disini untuk membaca lebih lanjut mengenai Undang-undang Siber Malaysia.
 
 
 

Insentif

Kewangan

  • Berpandukan Akta Galakan Pelaburan (PIA) 1986 (pindaan 1997) Malaysia, syarikat berstatus MSC Malaysia, institusi atau fakulti boleh menikmati insentif kewangan berikut: Status Perintis -100% pengecualian dari pendapatan berkanun boleh cukai. Insentif ini diberi selama 5 tahun untuk pusingan pertama.
  • 100% Elaun Cukai Pelaburan (ITA).
  • Layak mendapat geran R&D (bagi syarikat berstatus MSC Malaysia yang memiliki majoriti pemilikan warganegara Malaysia).
  • Kebebasan mendapatkan sumber modal serta sumber pinjaman dana secara global.
  • Pengimportan peralatan multimedia bebas cukai (DFI).

Bukan Kewangan

  • Tiada tapisan internet.
  • Tarif telekomunikasi serta perkhidmatan global yang kompetitif dijamin sekiranya syarikat berstatus MSC Malaysia terletak di dalam lingkungan MSC Malaysia.
  • Infrastruktur IT dan fizikal bertaraf dunia sekiranya syarikat berstatus MSC Malaysia terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.
  • Perlindungan Harta Intelek serta rangka kerja undang-undang siber yang komprehensif bagi semua syarikat MSC Malaysia tanpa mengira lokasi.
  • Agensi pelaksana berkuasa tinggi yang bertindak sebagai pusat sehenti yang efektif– MDEC.
  • Pembangunan bandar yang terancang dan berkualiti tinggi.
  • Kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang baik termasuklah di Universiti Multimedia pertama di rantau ini, sekiranya syarikat berstatus MSC Malaysia terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.
  • Persekitaran mesra alam dan dilindungi oleh pengezonan yang ketat sekiranya syarikat terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.
 
 
 

Gaya Hidup Berkualiti

Malaysia merupakan sebuah destinasi yang ideal bagi ekspatriat yang bercadang untuk berpindah ke Asia. Suatu masa dahulu, ekonomi Malaysia bergantung kepada pengeksportan sumber, kini Malaysia mula mengembangkan ekonominya dalam bidang lain seperti sains, pelancongan, perdagangan dan pelancongan perubatan yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada ekspatriat.
Malaysia adalah syurga tropika yang menawarkan gaya hidup moden berkualiti tinggi pada kos yang berpatutan. Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur yang terletak di lokasi ideal sesuai menjadi pusat perniagaan serantau. Perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain di dalam Malaysia secara keseluruhannya adalah amat mudah dan murah terutamanya di Semenanjung Malaysia. Malaysia mempunyai jaringan pengangkutan darat yang lengkap. Kos penerbangan ke seluruh Asia juga sangat murah dan berpatutan.
Rakyat Malaysia gemar keluar berbelanja di waktu lapang begitu juga pelancong asing dan ekspatriat. Kuala Lumpur juga menyajikan pelbagai pilihan untuk setiap citarasa muzik, ini termasuklah orkestra, klasik dan jazz dan juga muzik terkini. Kesan dari pengaruh pelbagai kumpulan etnik serta pengaruh sejarahnya yang istimewa, Malaysia memiliki adunan sajian tempatan yang sangat memukau. 

Pendidikan

Pendidikan berkualiti tinggi adalah sangat dititikberatkan di Malaysia, di mana sektor pendidikan awam dan swasta dipantau dengan teliti oleh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Malaysia sangat berbangga kerana dapat menawarkan pendidikan antarabangsa berkualiti tinggi di sekolah-sekolah antarabangsa terkemuka yang setanding dengan kualiti sekolah-sekolah terkemuka dari Singapura.

Penjagaan Kesihatan

Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan kelas pertama dan hospital pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di samping pelbagai pilihan klinik dan perkhidmatan pergigian. Perkembangan Pelancongan Perubatan juga semakin mendapat perhatian dari seluruh dunia dengan kemudahan perubatan canggih dan kos yang kompetitif.

Sukan dan Rekreasi

Sukan kompetitif yang paling popular di Malaysia adalah badminton dan bola sepak. Kelab rekreasi keluarga yang dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang skuasy serta tenis ada disediakan di setiap kawasan perumahan, gymnasium dan juga pusat kesihatan. Sukan ekstrem seperti berbasikal gunung, mendaki gunung, dan berakit juga mula mendapat tempat sebagai hobi kegemaran rakyat Malaysia.

 
 
 

Rakyat Berpendidikan Tinggi dan Berilmu

Malaysia mempunyai kadar celik huruf yang tinggi iaitu 94%. Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Malaysia manakala Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam majlis formal dan tidak formal. Negara ini mempunyai lebih dari 500 institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada universiti dan kolej di mana 18 merupakan institusi awam dan selebihnya adalah institusi swasta (termasuk politeknik dan institut latihan industri).

Sejumlah 70 kolej tempatan juga telah ditubuhkan untuk melatih tenaga kerja teknikal. Dengan memberi fokus kepada pendidikan berkualiti, jumlah kemasukkan di universiti dan kolej awam dijangka mencecah lebih 325,600 pelajar dengan lebih separuh mendaftar dalam bidang sains dan teknikal. Seramai 50,000 pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hasilnya, sekembalinya mereka ke Malaysia sesudah menamatkan pengajian, mereka akan membawa bersama segala pengalaman dan sudut pandangan antarabangsa yang akan membantu ke arah pembinaan tenaga kerja multinasional.

Kerjasama Antara Pihak Kerajaan dan Swasta

Sejak 17 tahun yang lalu, MDEC menerusi MSC Malaysia telah menjadi pendokong utama dalam usaha berterusan Malaysia dalam membina golongan tenaga kerja celik ICT yang berkemahiran tinggi menerusi pelancaran pelbagai program latihan serta pembangunan kemahiran. MDEC akan terus memacu usaha untuk memupuk bakat menerusi kerjasama industri-akademia. Ini amatlah penting demi memastikan tenaga kerja yang bakal dilahirkan memiliki kemahiran yang sesuai dan menepati kehendak spesifik industri.

Itulah kelebihan bakat Malaysia yang serba boleh. Kita berbangga mempunyai pekerja yang pintar dan mempunyai skil yang mampu diiktiraf secara global. Dengan nilai keupayaan yang mampu bergaul, berinteraksi dan gabungan pelbagai budaya. Ciri-ciri berkualiti ini di cari oleh semua syarikat.

Tenaga Kerja Muda dan Berbilang Bahasa

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan juga kepelbagaian agama. Ia memiliki populasi seramai 26 juta yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada tiga kelompok etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang paling banyak digunakan dalam komunikasi seharian dan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Di samping itu, pelbagai dialek bahasa Cina serta bahasa Tamil juga digunakan secara meluas.

Tenaga kerja di Malaysia masih muda dan bertenaga di mana 70% pekerja berumur di bawah 35 tahun. Majoriti pekerja di Malaysia memiliki pengetahuan industri yang kukuh (kewangan, logistik, utiliti, pengeluaran, telekomunikasi). Pengetahuan ini membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan teknologi mereka di dalam kerjaya mereka, sebagai contoh, penggunaan aplikasi perniagaan dan alatan produktiviti seperti CRM dan ERP. Tenaga kerja Malaysia juga merupakan pekerja yang tekun dan setia dengan kadar keciciran kerja hanya 5% iaitu terendah antara negara-negara membangun lain di Asia Pasifik.

Hari ini terdapat lebih daripada 128,850 peluang kerja mahir yang dicipta oleh syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia, dengan 65,000 pekerjaan dalam Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (SSO). Lebih daripada 95% daripada mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia adalah rakyat Malaysia.

Perhubungan perindustrian di dalam Malaysia adalah sangat harmoni. Pertikaian dagangan dan mogok jarang sekali berlaku di negara ini kerana undang-undang buruh Malaysia yang memastikan kepentingan dan menyatakan dengan jelas mengenai hak-hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja. Ini telah menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang menjamin perhubungan industri di dalam negara berjalan dengan teratur.
 
 
 

Kos Kompetetif, Nilai Tinggi

Malaysia merupakan salah satu dari lokasi yang paling kos efektif serta paling mudah untuk menjalankan perniagaan. Cukai korporat di Malaysia hari ini adalah 28% iaitu antara terendah di rantau ini.

Ekonomi negara telah mengalami pertumbuhan sebanyak 5.5% setahun, dengan kadar inflasi yang rendah pada 3.2%. Kadar faedah juga telah disemak menjadi 3.25% sebagai persediaan menghadapi peningkatan ekonomi negara. Peningkatan ini disokong oleh permintaan sektor swasta dan juga pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam ekonomi global dan serantau.

 
 
 
 Maklumat perbandingan dan statistik mengenai daya tarikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan yang kos efektif:  
   
 
   
 Lawati Laman
Kos Hotel di KL
 
 
   
 Lawati Laman
Kadar Kewangan
 
 
   
 Lawati Laman
Kadar Tukaran Matawang
 
 
 
 
 
   
   
   
   
   
   
 
 
 
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah sebuah organisasi yang unik ditubuhkan untuk menentukan hala tuju dan menyelia MSC Malaysia, inisiatif pembangunan ICT nasional, menasihati Kerajaan Malaysia mengenai dasar dan perundangan, membangunkan amalan khusus industri dan menetapkan set piawaian bagi operasi multimedia dan digital. MDEC juga bertanggungjawab untuk mempromosikan MSC Malaysia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa di samping memberi sokongan strategik kepada syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia.

Lagi mengenai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) >